Dana RM500, 000 DiPerlukan Segera Untuk Menaiktaraf  Tanah Perkuburan Masjid Alor Jawi 


"Kubur adalah taman syurga atau gaung neraka buat seseorang," Hadis Riwayat at-Tabrani.


Keadaan Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Jawi yang semakin padat dan tidak mampu menampung keperluan jenazah lain lagi dalam tempoh terdekat.


Bagaimanapun ini rumah ke-2 selepas manusia meninggal dunia, dan menuju ke alam kubur atau barzakh.


Di kawasan tanah perkuburan yang ditempatkan jenazah-jenazah ini akan menjadi tempat permulaan manusia disoal oleh malaikat Mungkar dan Nakir sebelum tibanya hari kiamat.


Justeru kebanyakan tanah perkuburan ditempatkan di kawasan masjid atau berhampiran  kawasan rumah Allah.


Bagi Masjid Alor Jawi yang melebihi usia 80 tahun pembinaannya ini, tanah perkuburan baharu akan dibangunkan kira-kira 100 meter dari kawasan masjid.



Kawasan baharu tanah perkuburan Masjid Alor Jawi akan dibina bagi menampung keperluan jenazah.


Hal ini berikutan, Tanah Perkuburan Islam Masjid Alor Jawi sedia ada semakin padat, dan tiada lagi ruangan kosong untuk proses penyemadian jenazah baharu.


Penduduk dalam kariah Masjid Alor Jawi terpaksa mengambil alternatif menyemadikan jenazah-jenazah ahli keluarga di tanah perkuburan berhampiran yang lain dan dikenakan caj RM300.


Malah peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa juga perlu diambil kira untuk menaiktaraf Tanah Perkuburan Masjid Alor Jawi untuk kemudahan si mati atau jenazah nanti.


Kerja menambun tanah-tanah di kawasan tanah perkuburan perlu dilakukan segera, dan kawasan ini juga akan turut dipagar supaya lebih selamat serta mengelakkan haiwan-haiwan berkeliaran di kawasan ini.


Jom bersama berinfak dan bersedekah membantu membina tempat persemadian umat Islam.


Takrif sedekah pada bahasa, ia dengan maksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih.


Manakala pada istilah pula, ulama menyebut sebagai pemberian semata-mata untuk mendekatkan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah SWT.


Seperti firman Allah SWT:


Maksudnya"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah : 271)


Ayuh sumbanglah walaupun sedikit kerana sesungguhnya sekecil manapun pemberian sedekah ikhlas anda akan ditulis oleh Allah.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Dana Kubur 1 - RM1000
Dana Kubur 2 - RM750
Dana Kubur 3 - RM500
Dana Kubur 4 - RM250
Dana Kubur 5 - RM100
Dana Kubur 6 - RM50
Dana Kubur 7 - RM30
Dana Kubur 8 -Rm 15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


Maklumat Peniaga

masjidalorjawi21@gmail.com