SUDAH HAMPIR 7 BULAN KAMI MERAYU DANA

Kutipan Hanya Mencecah RM80,000

RM2,000,000   Untuk Baikpulih  Struktur Binaan Lama Yang Usang

SYAWAL INI JANGAN KITA TINGGAL AMALAN RAMADHAN

Selain puasa Enam, jom kita teruskan infaq SEDEKAH


 "Bersungguh-sungguhlah kamu semua pada Aidilfitrii dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik, yang bagus dari solat, zakat, tasbih, tahlil kerana sesungguhnya hari ini Allah Taala mengampuni semua dosa kamu. mengabulkan semua doamu dan melihat kamu semua dengan kasih-sayang. "  (Rasullullah SAW)


Masjid Alor Jawi kini sudah mencecah usia 80 tahun dan perlu dinaiktaraf segera.



Masjid Alor Jawi  yang terletak di Kuala Muda ini adalah masjid yang semakin mencecah usia 100 tahun. Masjid lama sebegini pasti berdepan dengan pelbagai masalah seperti struktur binaan yang semakin usang, mereput dan berkarat.



Antaranya bahagian bingkai kayu tingkap masjid kini semakin mereput, tiang-tiang masjid yang dibina daripada kayu juga menunjukkan proses pereputan, begitu juga dengan alang bumbung dan beberapa fasiliti lain yang perlu baiki serta dinaiktaraf  segera.



Malah  ruang solat utama juga sering bocorsehingga menyebabkan permaidani yang menjadi alas untuk solat berbau hapak dan berair. Keadaan ini pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mengerjakan solat di sini tidak selesa.


Keadaan masjid sebegini menimbulkan kebimbangan jika tidak dibaiki kerana berkemungkinan akan memberi risiko kepada jemaah terutama ketika musim angin kencang dan hujan lebat.


Sudah pasti struktur yang reput dan berkarat ini tidak lagi teguh dan akan roboh.


Usaha mengutip derma dari orang ramai telah dilaksanakan sebelum ini namun  terhenti akibat COVID19 . Ini menyebabkan projek naiktaraf masih tidak dilaksanakan lagi.


Justeru, didalam bulan penuh barakah bulan Ramadan, kami merayu orang ramai bersama  menyegerakan  projek naiktaraf masjid yang boleh dianggap  bangunan bersejarah  dan  nadi Islam  untuk penduduk kawasan Kuala Muda ini.



Ruang solat utama yang menjadi ruang untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan akan berbau hapak dan berair sekiranya berlaku hujan lebat kerana bumbung yang telah bocor serta reput.


Fakta :

Masjid yang akan dibaikpulih akan menampung lebih banyak jemaah dari 800 orang kepada lebih 1,200 jemaah  dalam  satu-satu masa.



Semoga asbab  RM10 RM50 RM100 atau seikhlas hati  anda hari ini dapat membantu menyegerakan baikpulih  Masjid Alor Jawi   untuk kegunaan saudara Islam kita di sana! Dan anda juga mendapat ganjaran pahala berpanjangan di dunia dan akhirat.

                                                                                                                                                              ---

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat” (Hadith Riwayat Muslim).

---


Gambar illustrasi projek naiktaraf Masjid Alor Jawi yang menelan kos RM2 juta




Senarai anggaran kos projek naik taraf Masjid Alor Jawi yang menenlan kos RM2 juta


Justeru mari kita bersama, menaik taraf & membina rumah Allah ini, dan mendapat pahala berganda yang berterusan. Bukan itu sahaja, malah Allah berjanji :

"Barang siapa membina rumahNya didunia, maka Allah akan mendirikan sebuah SYURGA kepada mereka di akhirat kelak"


"Hai para Malaikat-Ku, saksikanlah olehmu semua, bahawa sesungguhnya telah-Ku jadikan pahala mereka atas puasanya itu, keredaan-Ku dan ampunan-Ku."  (Hadis Qudsi)

Ayuh Jangan Lepaskan Peluang Ini






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
DANA MASJID ALOR JAWI - RM1000
DANA MASJID ALOR JAWI - RM500
DANA MASJID ALOR JAWI - RM250
DANA MASJID ALOR JAWI - RM100
DANA MASJID ALOR JAWI - RM50
DANA MASJID ALOR JAWI - RM30
DANA MASJID ALOR JAWI - SEIKHLAS HATI -RM 15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN