MASJID ALOR JAWI : NAIKTARAF FASA 1 & 2PERLU RM200,000 SAHAJA LAGI
Terima kasih kepada penyumbang, anda berjaya melakukannya!
Begitupun jangan berhenti berjihad ke jalan Allah untuk menyegerakan penambahbaikan Masjid Alor Jawi bagi fasa 1 dan 2 ini yang hanya berbaki 20 peratus sahaja lagi.
Masjid Alor Jawi yang berusia hampir 100 tahun merayu orang ramai cukupkan dana RM200,000 lagi.
Kota Kuala Muda - Proses menaiktaraf Masjid Alor Jawi yang berusia hampir satu abad ini hanya memerlukan dana RM200,000 sahaja lagi untuk menyiapkan proses baik pulih bagi fasa satu dan dua ini. Orang ramai dirayu terus memberi sumbangan dana untuk menyegerakan proses naiktaraf ini.
Masjid Alor Jawi ini memberi pelbagai nostalgia dan nilai sejarah kepada penduduk setempat. Malah bukan itu sahaja ia sudah berjasa kepada orang Islam di situ dalam menuntut ilmu, berdakwah dan mendapatkan pelbagai manfaat lain.
Malah masjid ini juga sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dengan melibatkan pelbagai golongan dan peringkat usia, iaitu dari kecil sehingga warga emas.
Masjid Alor Jawi nadi masyarakat sekitar Kota Kuala Muda.
Proses pengubahsuaian dan menaiktaraf fasa 1 dan 2 sedang dijalankan yang menelan kos RM800,000
Kerja-kerja mengubahsuai dan menaiktaraf struktur bangunan lama yang reput sedang giat dijalankan.
Bagaimanapun pihak masjid bimbang tentang dana yang semakin sedikit untuk menyiapkan kerja naiktaraf ini.
Sekiranya dana tidak dikumpul segera ia boleh menyebabkan projek ini terbengkalai lagi.
Pastinya orang ramai juga sedih melihat keadaan masjid yang terbengkalai kerana kekurangan dana.
Begitupun pihak Masjid Alor Jawi masih memerlukan dana sebanyak RM1 juta lagi untuk membaikpulih infrastruktur lain seperti :
- Dewan serbaguna
- Tandas
Infrastruktur ini juga perlu dibaiki dan dinaiktaraf segera untuk memberi keselesaan kepada jemaah dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid ini.
Ayuh kita bantu siapkan projek naiktaraf Rumah Allah ini segera. Rasulullah SAW pernah bersabda tentang sedekah :
"Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak boleh mendahuli sedekah."
Jika anda sedang sakit, bersedekahlah sehingga sembuh.
Jika anda ingin kaya, bersedekalah sehingga kaya.
Yakin janji Allah itu pasti bagi mereka berjihad ke jalanNya.
Ayuh menderma sekarang untuk Masjid Alor Jawi yang bersejarah ini!