Masjid Alor Jawi Usia 80 Tahun Perlu Bantuan Orang Ramai Segera!
RM2 Juta Untuk Baikpulih Struktur Binaan Lama Yang Usang

Masjid Alor Jawi kini sudah mencecah usia 80 tahun dan perlu dinaiktaraf segera.
Keadaan masjid sebegini menimbulkan kebimbangan jika tidak dibaiki kerana berkemungkinan akan memberi risiko kepada jemaah terutama ketika musim angin kencang dan hujan lebat.
Sudah pasti struktur yang reput dan berkarat ini tidak lagi teguh dan akan roboh.
Usaha mengutip derma dari orang ramai telah dilaksanakan sebelum ini namun terhenti akibat COVID19. Ini menyebabkan projek naiktaraf masih tidak dilaksanakan lagi.
Justeru, orang ramai dirayu dapat bersama menyegerakan projek naiktaraf masjid yang boleh dianggap bangunan bersejarah dan nadi Islam untuk penduduk kawasan Kuala Muda ini.

Ruang solat utama yang menjadi ruang untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan akan berbau hapak dan berair sekiranya berlaku hujan lebat kerana bumbung yang telah bocor serta reput.
Fakta :
Masjid yang akan dibaikpulih akan menampung lebih banyak jemaah dari 800 orang kepada lebih 1,200 jemaah dalam satu-satu masa.
Semoga asbab RM10 RM50 RM100 atau seikhlas hati anda hari ini dapat membantu menyegerakan baikpulih Masjid Alor Jawi untuk kegunaan saudara Islam kita di sana! Dan anda juga mendapat ganjaran pahala berpanjangan di dunia dan akhirat.
---
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat” (Hadith Riwayat Muslim).
---
Gambar illustrasi projek naiktaraf Masjid Alor Jawi yang menelan kos RM2 juta

Senarai anggaran kos projek naik taraf Masjid Alor Jawi yang menenlan kos RM2 juta